Sempena Minggu Destini Siswa (MDS) 2025, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menerima kunjungan daripada pelajar baharu UiTM sebagai sebahagian daripada pengenalan fasiliti dan perkhidmatan perpustakaan.
Antara fakulti yang terlibat dalam sesi lawatan ini ialah:
Fakulti Muzik
Fakulti Undang-Undang
Fakulti Sains Gunaan
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Fakulti Alam Bina
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada kemudahan yang disediakan di perpustakaan, kaedah pencarian maklumat, serta perkhidmatan sokongan akademik bagi membantu perjalanan pembelajaran mereka sepanjang berada di UiTM.
Diharapkan melalui pengenalan awal ini, pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya perpustakaan sebagai pusat ilmu, penyelidikan dan inovasi selaras dengan aspirasi UiTM untuk melahirkan graduan yang berdaya saing dan berwawasan.