Isnin | 29 September 2025
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin telah mengadakan Program Pembudayaan Ilmu: Pertandingan Bercerita bertemakan “Ceritaku, Warisanku: Kisah Dari Dulu Hingga Kini”. Pertandingan ini melibatkan pelajar dari sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh daerah Jasin dan negeri Melaka.
Didalam pertandingan ini terdapat 18 peserta dari sekolah menengah dan sekolah rendah mengikut kategori masing-masing. Dalam pertandingan ini terdapat 4 kategori yang dipertandingkan antaranya ialah Kategori Bahasa Melayu dan Inggeris sekolah rendah dan Kategori Bahasa Melayu dan Inggeris sekolah menengah.
Ini adalah edisi yang ketiga PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin adakan. Edisi kali ini adalah bertemakan “Ceritaku, Warisanku: Kisah Dari Dulu Hingga Kini”. Tema ini memberi peluang kepada murid untuk menghayati dan menyampaikan kisah-kisah berkaitan adat, budaya, tokoh keluarga, atau sejarah tempatan yang membawa pengajaran dan nilai moral. Pertandingan ini bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat penceritaan dalam kalangan murid, malah menggalakkan mereka meneroka latar belakang keluarga dan masyarakat untuk mengenali siapa diri mereka dan asal usul mereka. Ini selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi berilmu, beridentiti kukuh, serta menghargai kepelbagaian warisan bangsa Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan bercerita ini!







Follow & Like Us:
PTAR UiTM Cawangan Melaka
https://linktr.ee/ptaruitmmelaka
Disediakan oleh: Abdul Azim bin Ab.Ghani, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin