PTAR Bimbing Pelajar Baharu Kuasai Literasi Maklumat di MDS Oktober 2025 – Februari 2026

29 September 2025, Isnin – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah menganjurkan Taklimat Perpustakaan: Information Literacy khusus untuk pelajar baharu sesi Oktober 2025 – Februari 2026. Program ini merupakan sebahagian daripada pengisian Minggu Destini Siswa (MDS) dan berlangsung dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang di Dewan Taming Sari (DTS), UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. 

Taklimat ini telah dikendalikan oleh Encik Norhazlan Nordin, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, dibantu oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Timbalan Ketua Pustakawan (M)(KUP), Puan Sariah Che’ Man, Pembantu Pustakawan Tertinggi, Puan Salina Salehin, Pembantu Pustakawan Kanan, Encik Mohd. Azali Talib, Pembantu Pustakawan Kanan, Puan Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan serta Encik Muhammad Firdaus Aris, Pembantu Khidmat Am, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Antara pengisian utama ialah pendedahan kepada sumber maklumat yang relevan, teknik pencarian maklumat secara efektif, penggunaan PERMATA Mobile App, serta penerokaan platform digital lain seperti Permata Search.

Selain itu, program ini turut mempromosikan pelbagai aktiviti perpustakaan, meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kemudahan sedia ada, serta memupuk kemahiran literasi maklumat bagi menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Norhazlan Nordin atas penyampaian taklimat sepanjang sesi tersebut. Diharapkan perkongsian ini dapat membantu para pelajar memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ditawarkan oleh PTAR, sekali gus menjadikan perpustakaan sebagai rakan strategik dalam mencapai kecemerlangan akademik.

Sekitar taklimat sedang dijalankan

Ditulis oleh : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan, PTAR UiTM Cawangan Melaka

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply