15 Ogos 2025 – PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah menganjurkan Program Telaah : Resensi Buku yang berlangsung secara siaran langsung melalui YouTube PTAR UiTMCPP. Program ilmiah ini menampilkan dua panel wacana iaitu Puan Shahirah Khairudin, Penolong Akauntan Kanan Pejabat Bendahari UiTMCPP dan Puan Suhaiza Hasan, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Gunaan UiTMCPP.

Puan Shahirah Khairudin telah membincangkan buku bertajuk Failosophy: A Handbook For When Things Go Wrong karya Elizabeth Day, yang menekankan bagaimana kegagalan bukanlah penamat kehidupan, sebaliknya peluang untuk pembelajaran dan perkembangan diri.

Sementara itu, Puan Suhaiza Hasan mengulas buku Mungkin, Hari Ini Hari Malas karya Dancing Snail (terjemahan Nurin Nazihah) yang mengangkat mesej tentang pentingnya menerima kelemahan diri, beristirahat, serta berbelas kasihan terhadap diri sendiri.


Melalui penganjuran program ini, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang terus memperkukuh peranannya sebagai pusat ilmu dan wacana intelektual, sekali gus menyediakan platform kepada warga universiti dan komuniti setempat untuk menghayati kandungan bahan bacaan melalui perkongsian panel yang berinformasi.
Senarai penuh buku yang telah diulas boleh diakses melalui portal Telaah di pautan berikut: https://permata.uitm.edu.my/telaah/baca/telaah.php?t=01