
Pada 12 Jun 2025 (Khamis), sesi lawat tapak ke SK Sungai Berua untuk mengadakan satu sudut bacaan iaitu “Mini Library” sempena Program Khidmat Komuniti Masyarakat anjuran Kelab pelajar Rural Engagement & Student Community Outreach Mission (RESCOM) dengan kerjasama Perpustakaan Cendekiawan dan SK Sungai Berua.




Pada 23 Jun 2025 (Isnin), Kelab pelajar Rural Engagement & Student Community Outreach Mission (RESCOM) dengan kerjasama Sekolah Kebangsaan Sungai Berua dan Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu menganjurkan program khidmat masyarakat bersama para pelajar SK Sungai Berua. Penglibatan program merangkumi 40 orang pelajar SK Sungai Berua, 45 orang sukarelawan RESCOM, 4 orang staf perpustakaan, 5 orang pensyarah UiTM dan 19 orang cikgu SK Sungai Berua.



Objektif program adalah menyediakan satu ruang bacaan (Mini Library), menghias studio muzik dan mengadakan aktiviti akademik bersama-sama dengan pelajar-pelajar Orang Asli di sekolah tersebut. Perpustakaan Cendekiawan telah menyediakan satu sudut “Mini Library” di SK Sungai Berua untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan pelajar orang asli dengan persekitaran yang selesa dan teratur.


Semoga usaha yang dilaksanakan memberi manfaat berpanjangan kepada komuniti setempat. Di samping itu, menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu