Bicara Bersama Penulis: Hero Kebanggaan Ayah

Pada 09 Julai 2025 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan program Bicara Bersama Penulis yang bertajuk Hero Kebanggaan Ayah. Program ini dilaksanakan di ruang bacaan Perpustakaan Cendekiawan dan secara atas talian (Facebook Perpustakaan) bermula 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi yang dikendalikan oleh Saudara Haziq, pelajar latihan industri Perpustakaan Cendekiawan. Penulis jemputan iaitu Puan Siti Sabila binti Che Pa merupakan Suri Penulis @teamhamaregroup dan Panel Majalah Cahaya@JAKIM.

Perkongsian yang menarik dari penulis yang cukup berbakat mengenai buku beliau yang bertajuk Hero Kebanggaan Ayah. Buku ini menceritakan mengenai kehidupan remaja mengerti nilai persahabatan dan mencari identiti diri. Selain itu, semangat jiwa dan harapan dalam mengenggam kejayaan yang diminati.

Hero Kebanggaan Ayah melambangkan remaja yang berusaha dalam menggapai impian yang merupakan harapan ibu ayah. Hero sebenar bukan sekadar perjuangan atau pertarungan tetapi hero yang sebenar adalah mempunyai jiwa yang kental dan berat, malah hati yang penuh rasa kasih sayang sesama manusia.

Program ini turut menjemput sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering, Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Negara, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mansor, Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Panji Alam, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

Program yang dijalankan selama dua jam mendapat maklumbalas yang baik dari peserta dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada peserta terutamanya pelajar sekolah.

Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply