Tarikh: 24 dan 25 Jun 2025, Isnin dan Selasa
Masa: 10.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT.
Anjuran: Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun dan Yakult Malaysia Sdn Bhd Cawangan Kuala Terengganu.
Penceramah: Cik Najihah Mohd Rafi, Pegawai Perhubungan Awam & Sains, Pejabat Cawangan Kuala Terengganu, Yakult Malaysia Sdn. Bhd.
Penglibatan: 210 orang peserta

Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT sempena Sambutan 50 Tahun UiTMCT 1975-2025 telah membawakan secara eksklusif Bicara Kesihatan bersama Yakult pada 24 dan 25 Jun 2025. Sesi perkongsian ilmiah ini disampaikan oleh Cik Najihah Mohd Rafi, Pegawai Perhubungan Awam & Sains, Pejabat Cawangan Kuala Terengganu, Yakult Malaysia Sdn. Bhd. Ianya mengetengahkan kepentingan penjagaan kesihatan usus dan gaya hidup sihat, di samping memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan maklumat bermanfaat berkaitan probiotik, amalan pemakanan seimbang serta kesedaran tentang kesihatan dalaman secara menyeluruh.




Secara keseluruhannya, program Bicara Kesihatan Bersama Yakult ini telah berjaya mencapai objektif sasaran penyertaan taklimat tersebut dalam menyampaikan maklumat penting berkaitan kesihatan usus dan probiotik kepada komuniti kampus dan pengunjung karnival. Pendedahan yang diberikan bukan sahaja memberi manfaat dari sudut kesihatan fizikal, malah turut menyumbang kepada perubahan gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Agihan produk minuman Yakult juga diagihkan secara percuma kepada semua peserta program. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan