Tarikh : 25 Jun 2025, Selasa
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Ruang Bacaan, Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT
Penglibatan : 58 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sekitar Daerah Dungun
Objektif penganjuran program:
✅Menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar sekolah sebagai warisan budaya bangsa.
✅Meningkatkan kemahiran dan kreativiti pelajar dalam seni khat dan penulisan Jawi yang beretika dan berkualiti.
✅Menerapkan nilai kesabaran, ketelitian, dan kecintaan terhadap seni Islamik melalui pertandingan yang berunsurkan pendidikan.
✅Menyokong aspirasi Karnival Perpustakaan 2025 dalam menjadikan perpustakaan sebagai pusat pengembangan ilmu dan budaya tempatan.

Keputusan Pertandingan – Kategori Sekolah Rendah
Johan: Muhammad Syakir Iman Mohd Firdaus – SK Balai Besar Dungun.
Naib Johan: Hanis Sumayyah Jihadi Jazmi – SK Tebing Tembah Dungun.
Ketiga: Imani Nur Fathiya Isamudin – SK Batu 7 Dungun
Keempat: Nur Rania Arissa Mohammad Fitrie – SK Balai Besar Dungun.
Kelima: Qaseh Zulaikha Mohd Zuri – SK Balai Besar Dungun
Keputusan Pertandingan – Kategori Sekolah Menengah
Johan : Muhammad Hayy Luqman Mohd Zukri -SM Imtiaz YT Dungun.
Naib Johan: Nur Izazi Faiqah Fakhrurazi- SMK Bukit Besi Dungun.
Ketiga: Aqil Adam Alias -SMK Durian Mas Dungun.
Keempat: Siti Nurbalqis Aina Mohd Rafi-SMA Sultan Ismail Dungun.
Kelima: Nurul Rareesya Rayhah Mohd Fadli – SMK Tengku Intan Zaharah Dungun.
Sijil penyertaan turut diberikan kepada semua pelajar yang menyertai pertandingan ini.



Pertandingan Tulisan Jawi dan Khat Peringkat Sekolah Daerah Dungun sempena Karnival Perpustakaan 2025 UiTMCT telah dianjurkan pada 25 Jun 2025 (Selasa) melibatkan kategori sekolah rendah dan menengah sekitar daerag Dungun sebagai satu usaha memperkasakan warisan tulisan Jawi yang merupakan sebahagian daripada khazanah budaya dan identiti masyarakat Melayu. Program ini diadakan bertujuan untuk menanam minat serta meningkatkan kemahiran pelajar dalam penulisan Jawi dan seni khat yang semakin dilupakan. Melalui pendekatan pertandingan, pelajar diberi ruang untuk menonjolkan kreativiti dan ketelitian dalam menghasilkan tulisan yang indah dan bermakna, sambil memupuk rasa cinta terhadap bahasa dan tulisan warisan, mengikut garis panduan dan peraturan yang telah dipersetujui oleh penganjur dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Dungun.


Pertandingan yang julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 96 orang pelajar melibatkan 27 buah sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Dungun. Naskah seni khat yang ditunjukkan amat mengagumkan pengunjung Karnival Perpustakaan 2025 UiTM Cawangan Terengganu yang hadir memberi sokongan kepada peserta dan pertandingan ini.


Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang bagi memastikan kesinambungan penggunaan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian dan pendidikan formal.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan