Tarikh: 21 Jun 2025, Sabtu
Penglibatan: Fakulti-fakulti UiTMCT Kampus Dungun, Bukit Besi, dan Kuala Terengganu
Anjuran: Kelab Debat dan Pidato UiTMCT Kampus Dungun, dan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun
Pertandingan Debat Piala Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) sempena Karnival Perpustakaan 2025 telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan ini melibatkan penyertaan antara fakulti dari tiga kampus iaitu Kampus Dungun, Bukit Besi dan Kuala Terengganu.
Kerjasama strategik antara Kelab Debat dan Pidato UiTMCT Kampus Dungun serta Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Dungun ini adalah bertujuan memupuk budaya ilmu, mengasah kemahiran berhujah secara kritis, dan memperkukuh keyakinan diri dalam kalangan mahasiswa melalui platform debat ilmiah.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Prof. Azman Che Mat, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Akademik) UiTMCT, diiringi En. Shahrol Nizam Johol, Ketua Bahagian Perpustakaan Cendekiawan.
Keputusan pertandingan ini adalah seperti berikut:-Johan: Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK)
Naib Johan : Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
Pendebat Terbaik Pusingan Akhir : Amilin Sofiyya Binti Adeli (Pengajian Kejuruteraan Kimia)
Pendebat Terbaik:
1. Emir Iqmal Aliff Bin Shaharul Nizam (Fakulti Pengurusan Perniagaan)
2. Nur Fajriyyah Binti Mohd Fouzi (Fakulti Pengurusan Perniagaan)
3. Amilin Sofiyya Binti Adeli (Pengajian Kejuruteraan Kimia)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang, dan terima kasih kepada semua kumpulan yang telah menyertai pertandingan ini mewakili fakulti masing-masing. Semoga dengan penganjuran ini dapat meningkatkan semangat yakin diri semua peserta yang terlibat.
Disediakan oleh: Cik Asmahani Abdullah, Timb. Ketua Pustakawan (M) (KUP)