12 JUN | Satu program literasi maklumat kepada pelajar telah berjaya dianjurkan di SMK Tendong, Pasir Mas melalui Modul Literasi: Strategi Pencarian Maklumat.
Program ini telah disampaikan oleh Pn. Rosmariyati Ab Rahman, Timbalan Ketua Pustakawan, Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Beliau telah berkongsi ilmu dan strategi yang berkesan dalam mencari maklumat yang sahih dan relevan โ satu kemahiran penting dalam era digital kini.
Melalui pendekatan yang interaktif dan mesra pelajar, sesi ini memberi pendedahan kepada:
Teknik carian maklumat akademik secara efektif
Penilaian sumber maklumat atas talian
Meningkatkan keupayaan pemikiran kritis dalam menapis informasi
Program ini bukan sahaja menggalakkan pembelajaran kendiri, tetapi turut memperkasakan pelajar sebagai pengguna maklumat yang bijak dan bertanggungjawab.








Disediakan oleh:ย Mohd Anuar Bin Azmin, Pembantu Pustakawan Kanan PTA UiTMCK Kampus Kota Bharu