Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Perakaunan (FPN) UiTM Cawangan Melaka

6 Mei 2025, Selasa – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah telah mengadakan Meet and Greet PTAR bersama Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka. Program dijalankan pada 2.30 petang, di Bilik Mesyuarat Utama, PTAR UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah. Program ini telah dihadiri oleh Dr. Sharifah Norhafiza Syed Ibrahim, Ketua Pusat Pengajian (KPP) dan Puan Siti Aisyah Basri, Penyelaras Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka, bersama 3 orang staf Perpustakaan  UiTM Cawangan Melaka. 

 Objektif Meet and Greet ini adalah :

  1. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama di antara PTAR dan Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka 
  2. Mempromosikan perkhidmatan PTAR UiTM Cawangan Melaka.
  3. Membincangkan dan mendapatkan maklumbalas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan perpustakaan bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan.
  4. Perbincangan dua hala kerjasama antara PTAR dan Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka

Sesi dimulakan dengan pembentangan Perkhidmatan Perpustakaan Digital dan Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan, Pembelajaran dan Rujukan yang disampaikan oleh Cik Hazlin Ibrahim Khan, Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Melaka. Sesi diakhiri dengan perbincangan dua hala antara Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) dan Fakulti Perakaunan (FPN), UiTM Cawangan Melaka di mana kedua-dua belah pihak terlibat telah mengutarakan beberapa pandangan dan cadangan bagi kemajuan bersama. 

Hasil dari sesi Meet & Greet ini, dapat mempromosikan perkhidmatan terkini PTAR dalam menyokong usaha pembudayaan ilmu, penyelidikan dan perkongsian pengetahuan serta meningkatkan ketampakan PTAR dalam menyumbang kepakaran kepada warga kampus. 

Inti pati daripada perbincangan dua hala ini, membincangkan beberapa perkara yang melibatkan kerjasama strategik di antara PTAR dan Fakulti Perakaunan (FPN) dalam meningkatkan literasi maklumat melalui program-program yang dijalankan secara bersasar oleh kedua belah pihak, menjalinkan kerjasama strategik dalam memenuhi keperluan pelajar, perancangan kolaborasi bersama dan Sistem PERMATA Search. 

PTAR UiTM Cawangan Melaka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Fakulti Perakaunan (FPN) di atas kesudian hadir di dalam sesi Meet & Greet ini.

Sekitar meet and greet sedang dijalankan

Ditulis : Nur Atikah Mauzan, Pembantu Pustakawan

Avatar photo
Hazlin Ibrahim Khan PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply