Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Cawangan Kejuruteraan telah menerima lawatan rasmi sempena Audit Akreditasi Program Sarjana Sains Pengurusan Kejuruteraan Penerbangan (CEEM707) dari Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Lawatan yang berlangsung pada 30 April 2025 ini melibatkan kehadiran dua orang auditor profesional yang dilantik bagi menjalankan penilaian menyeluruh terhadap program CEEM707. Mereka diiringi oleh enam orang wakil kolej yang terdiri daripada pegawai akademik dan pentadbiran.
Sesi lawatan ke PTAR Kejuruteraan bertujuan menilai kemudahan sokongan pembelajaran yang tersedia untuk pelajar pascasiswazah program berkenaan, termasuk akses kepada sumber rujukan terkini, perkhidmatan maklumat digital, serta kemudahan teknologi dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Delegasi disambut mesra oleh warga PTAR Kejuruteraan dan diberikan taklimat ringkas mengenai peranan perpustakaan dalam menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di peringkat pascasiswazah. Lawatan seterusnya diteruskan dengan tinjauan ke ruang bacaan, bilik perbincangan, fasiliti komputer, serta koleksi bahan kejuruteraan dan penerbangan.
Pihak pengurusan PTAR Kejuruteraan merakamkan penghargaan atas kesudian pihak auditor dan pengiring melawat perpustakaan serta berharap lawatan ini dapat memberikan gambaran jelas tentang komitmen PTAR dalam menyokong kecemerlangan akademik dan penyelidikan universiti.







