🗓️ Tarikh : 08-09 April 2025 (Selasa-Rabu).
⏰ Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
🎙️ Penceramah : Pn. Azniza binti Mohamad Nor, Penolong Pendaftar Kanan – Arkib.
🎥 Platform : Bersemuka.
📍Lokasi : Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun
Penyertaan: 59 orang peserta

Unit Arkib Cawangan, UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) telah melaksanakan Bengkel Pembangunan Klasifikasi Fail secara bersemuka berhubung pelaksanaan migrasi sistem klasifikasi fail lama ke sistem klasifikasi fail baharu bagi fail Urusan Am dan fail Urusan Fungsian. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Azniza binti Mohamad Nor (Penolong Pendaftar Kanan) daripada Unit Perkhidmatan Rekod, Jabatan Arkib Universiti, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam, dan dibantu oleh Cik Noor Syafika Binti Zulkifeli (Pegawai Eksekutif) selaku fasilitator.


Objektif bengkel ini juga adalah untuk memberikan kefahaman terutamanya dalam kalangan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) berkenaan dengan pembangunan sistem klasifikasi baharu berdasarkan fungsi, aktiviti dan transaksi yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi.

Secara keseluruhannya, bengkel ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Ia menjadi platform penting dalam memperkukuhkan sistem pengurusan rekod di UiTM Cawangan Terengganu dan memastikan pematuhan kepada standard semasa pengurusan rekod awam. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dan diharap usaha ini dapat diteruskan untuk fasa pelaksanaan dan pemantauan seterusnya. Setinggi-tinggi penghargaan khusus buat kesemua peserta dari ketiga-tiga kampus UiTMCT yang terlibat di atas komitmen yang jitu sehingga bengkel ini dapat disempurnakan dengan jayanya.
Sumber Gambar dari Lensa UiTM Terengganu
Disediakan oleh: En. Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan.