SIRI WEBINAR RAMADAN 2025 SIRI 2: PENGURUSAN KEWANGAN: ALAMAK RAYA – BELANJA BAGAI NAK RAK!

PEWANI dengan kerjasama PTAR UiTM Cawangan Sabah dan Bahagian Infostruktur UiTM Cawangan Sabah telah menganjurkan program siaran langsung seperti berikut:

Topik: Siri Webinar Ramadan 2025 Siri 2: Pengurusan Kewangan: Alamak Raya – Belanja Bagai Nak Rak!
Tarikh: 20 Mac 2025 (Khamis)
Masa: 2:00 petang
Moderator: Puan Herniza Roxanne Marcus (Exco Pendidikan, PEWANI UiTM Cawangan Sabah)
Panel Penceramah: Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohamed – REKTOR (Pakar Kewangan Islam & Business Kaunselor, Merangkap Pengerusi PEWANI UiTM Cawangan Sabah)

Objektif utama program ini adalah kaedah pengurusan kewangan peribadi yang berkesan, membantu individu merancang perbelanjaan dengan lebih bijak serta memahami aliran tunai

Perancangan yang teliti bukan sahaja memaksimumkan pelaburan dan meningkatkan taraf hidup, malah memastikan persediaan kewangan yang kukuh untuk masa depan seperti pembelajaran anak-anak dan persaraan. Disiplin diri juga amat penting dalam mengurus wang agar kehidupan lebih stabil, teratur dan sejahtera.

Editor : Sharmila Binti Tawakkal, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR Sabah

Avatar photo
Marlia binti Yuming PTAR Kota Kinabalu Sabah

Leave a Reply