Speaker’s Corner

Merbok, 12 Mac 2025 – Program Speaker’s Corner merupakan galakkan perkongsian ilmu oleh pelajar dan staf UiTM dalam memupuk budaya ilmu dan perkembangan pengetahuan melalui ‘public speaking’. Pelaksanaan program ini mensasarkan penyertaan kehadiran daripada pelbagai kategori iaitu staf UiTM, pelajar UiTM dan orang awam.

Objektif program ini adalah seperti berikut meningkatkan kemahiran komunikasi di hadapan khalayak ramai, memberi ruang kepada individu untuk mengatasi ketakutan berucap di khalayak ramai dan membina keyakinan dalam menyampaikan idea, membantu menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat melalui sesi perkongsian yang bermanfaat. Mendorong peserta untuk menyampaikan idea dengan cara yang unik dan kreatif bagi menarik perhatian pendengar. Peserta dapat menambah pengetahuan melalui pelbagai topik yang dibentangkan oleh pelbagai penceramah dan individu.

Program Speaker’s Corner ini telah dilaksanakan pada 12 Mac  2025, Rabu dari jam 10.00 pagi hingga 11.00  bertempat di Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Sultan Badlishah, UiTM Cawangan Kedah. Profesor Madya Ts. Dr. Asmadi Bin Mohammed Ghazali, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Adiwangsa UiTM Cawangan Kedah telah membuat perkongsian bertajuk  Majlis Raja-Raja Tunggak Kedaulatan Negara. Program ini diadakan secara fizikal dan secara maya yang disiarkan secara langsung melalui saluran Youtube rasmi perpustakaan. Kehadiran bagi program ini adalah sangat menggalakkan iaitu seramai 814 penyertaan.

Penulis : Wan Rohani Wan Chin, Pustakawan Kanan

Hamidah Mohd Per. Sultan Badlishah Kedah

Leave a Reply