Tarikh : 07 November 2024 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Perpustakaan Desa Merchang, Marang
Penglibatan : 50 orang pelajar PASTI, 4 orang guru PASTI, 4 orang staf, 23 orang pelajar UiTM termasuk sukarelawan perpustakaan.
Program Read To Lead : Be a Smart Reader merupakan program kerjasama antara Rural Engagement and Student Community Outreach Mission (RESCOM) dan Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu bersama Perbadanan Perpustakaan Terengganu (PPAT), PASTI Negeri Terengganu Dun Marang dan MPKK Merchang.
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk mendorong dan mengajak penduduk kampung terutama pelajar-pelajar peringkat rendah dalam memupuk minat membaca serta memahami kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Selain itu, untuk memperkenalkan kemudahan perpustakaan bergerak kepada masyarakat setempat.
Slot 1: Perkongsian Kepentingan Membaca & Ayuh Membaca Bersama Kami
Objektif utama program ini dilaksanakan untuk memupuk minat membaca serta memahami kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Selain itu, memperkenalkan beberapa kaedah pembacaan dari peringkat rendah seperti bacaan huruf atau abjad, 1-2 suku kata, perkataan, frasa mudah dan lain-lain.
Slot 3 : Ayuh Mengeja Bersama Kami
Objektif utama program untuk berkongsi mengenai teknik asas untuk mengeja atau mengenal huruf dengan lebih mudah. Selain itu, kuiz mengeja atau “Spelling Bee” turut diadakan kepada para pelajar untuk mengenal huruf dan mengeja dengan betul.
Semoga ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada semua.
Disediakan oleh: Puan Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu