Inbound Universitas Airlangga (UNAIR): Visionary Voyage 2.0

17 Mei 2024 – Satu program Inbound Universitas Airlangga (UNAIR): Visionary Voyage 2.0 telah berlangsung pada 17-27 Mei 2024 anjuran FPP KAG & KBM, dengan kerjasama PTAR KBM. Seramai 31 orang pelajar (20 siswi, 11 siswa) telah tiba dan menginap di kolej Tun Puteri & Tun Putih (KAG) sepanjang program berlangsung.

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program:
1. Sesi Kuliah FPP/APB KAG & KBM
2. Bengkel Linocut AD
3. Zoolunteer
4. Cultural Exchange
5. Historical Visit
6. Arkib UiTM
7. Program bersama DBEST, MIND, OMaC & DBANKERS dan MPP UiTM KBM

Majlis Perasmian Penutup telah berlangsung di PTAR aras 12 KBM dan disempurnakan oleh Dr. Mohammad Nor Afandi Ibrahim, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Cawangan Melaka. Semoga program inbound ini dapat dijayakan dengan semua program ini mendapat kerjasama dari semua pihak bagi mencapai PI fakulti dan PTAR.

Disediakan oleh: Mohd Hilmi Mat Rosli, Pustakawan UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka

Avatar photo
Mohd Hilmi Mat Rosli

Leave a Reply