Lawatan dan Taklimat Pengenalan dan Perkhidmatan Unit Arkib bersama Universitas Airlangga, Indonesia

21 Mei 2024 (Selasa) – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima kunjungan daripada pelajar Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia sempena program Inbound Universitas Airlangga (UNAIR): Visionary Voyage 2.0 bermula dari 17-27 Mei 2024 anjuran Fakulti Pengurusan Perniagaan Kampus Alor Gajah dan Kampus Bandaraya. Seramai 30 orang pelajar daripada Universitas Airlangga dan 10 orang pelajar UiTM yang mengikuti lawatan ke Unit Arkib Cawangan Melaka.

Lawatan ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh semua staf Unit Arkib iaitu Encik Jonizam bin Abu Kasim, Pembantu Pustakawan Kanan, Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan, Puan Suzaimy binti Senin dan Encik Kamalrulamir bin Amat, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Universitas Airlangga, Indonesia.

Lawatan ini diadakan adalah untuk mengetahui keseluruhan berkaitan dengan hal ehwal Pengurusan Rekod Universiti di Unit Arkib Cawangan Melaka. Semoga lawatan ini dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM terutama di bahagian pengurusan tertinggi UiTM Cawangan Melaka.

Pautan Tiktok: https://www.tiktok.com/@ptaruitmmelaka/video/7371325460074056976

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply