Pada Selasa, 14 Mei 2024, Unit Kerjaya dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Islam dan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau telah menganjurkan program Psikoterapi: Zikrullah Terapi Jiwa yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Mohd Syukri Zainal Abidin, Pensyarah Kanan Jabatan Aqidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Program yang berlangsung selama dua jam tersebut telah dihadiri oleh wakil guru-guru sekolah mewakili Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Sembilan serta wakil-wakil staf dan pelajar UiTM. Program ini membincangkan tentang topik Psikoterapi dan pengurusan stres di kalangan individu. Selain itu, penceramah telah melakukan demonstrasi menggunakan alat khas untuk mengukur tahap stres.
Untuk makluman, program ini dijalankan secara hybrid iaitu berlangsung secara bersemuka di Sudut Library Community Engagement, PTAR Kampus Rembau dan bersiaran secara langsung menerusi saluran YouTube. Pihak pengajur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang pelaksanaan program ini.
Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau