23 April 2024, Selasa – Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir bagi membuat semakan dokumen dan sesi konsultansi proses pelupusan rekod am yang terdiri daripada fail cuti, fail kerja lebih masa, borang saman, borang pelekat kenderaan dan lain-lain lagi di Pejabat Polis Bantuan, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya. Sesi ini menerangkan proses permohonan pelupusan ke Unit Arkib dan cara mengisi Borang Penilaian Rekod dan borang Homogenous.
Semoga melalui konsultansi seperti ini ianya dapat menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah