Majlis Perasmian Program Pocket Talks (Siri 2) dan Bengkel e-TUIS

Rabu,
8 Syawal 1445H,
17 April 2024M: 

Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Selangor & Wilayah Persekutuan (JHEKS) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Pocket Talks (Siri 2) dan Bengkel e-TUIS pada: 

Tarikh: 17 April 2024 (Rabu) 

Masa: 9:00 pagi 

Tempat: Ruang Library Community Engagement (LCE), PTAR 

Seramai hampir 100 orang telah menghadiri majlis perasmian yang terdiri daripada tetamu kehormat dan kesatuan-kesatuan sekerja dari seluruh Malaysia. 

Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja, Malaysia Tuan Haji Mohd Asri bin Abdul Wahab telah sudi menyempurnakan perasmian program dengan disaksikan oleh Pengarah JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan Tuan Haji Azzal bin Haji Abu Talib dan Ketua Pustakawan PTAR Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan. 

Dalam ucapannya, Tuan Haji Mohd Asri menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang terjalin antara JHEKS Selangor & Wilayah Persekutuan dan PTAR sehingga terlaksananya program Pocket Talks dan bengkel e-TUIS yang diadakan selama dua hari (berakhir 18 April 2024). Beliau menambah, sesi perkongsian bersama panel jemputan dan bengkel e-TUIS akan menambah pengetahuan para peserta dan menyokong kepada aspirasi pendigitalan proses JHEKS. 

e-TUIS atau Electronic Trade Union System milik JHEKS, Kementerian Sumber Manusia dibangunkan sebagai medium dalam talian bagi memproses pendaftaran kesatuan sekerja, pindaan maklumat kesatuan, penukaran ahli jawatankuasa, pemantauan kewangan kesatuan dan penjadualan aktiviti. 

Berikut ialah senarai kesatuan kekerja yang terlibat dalam program ini:  

  1. Kesatuan Pemandu-Pemandu Perkhidmatan Awam Semenanjung
  2. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia
  3. Kesatuan Kakitangan Sokongan Satu International Islamic University Malaysia (KESATU IIUM). 
  4. Kesatuan Kakitangan Am MARDI Malaysia 
  5. Kesatuan Pegawai Perkhidmatan Sokongan TNB
  6. Kesatuan Kakitangan Northport (Malaysia) Bhd.
  7. KPPPHN
  8. Kesatuan Pekerja-Pekerja Percetakan Mun Sun Sdn. Bhd. 
  9. Kesatuan Pekerja-Pekerja MISC Berhad Semenanjung Malaysia (MISCEU)
  10. Kesatuan Kakitangan Am Pusat Perubatan Universiti Malaya (KKAPPUM) 
  11. Kesatuan Pekerja-Pekerja Rapid Bas Sdn. Bhd. 
  12. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE)
  13. Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Malaysia 
  14. Kesatuan Pekerja-Pekerja AIROD 
  15. Kesatuan Pekerja-Pekerja OMRON Malaysia Sdn. Bhd. 
  16. Union of Beverage Industry Workers (UBIW)
  17. KEJASA
  18. All Malayan Estates Staff Union
  19. Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan OTOMOBIL Nasional Sdn. Bhd. 
  20. KPNMB
  21. Kesatuan Pegawai Eksekutif (KEPAK)
  22. Kesatuan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia
  23. Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia 
  24. All Malayan Estates Staff Union
  25. Kesatuan Pekerja-Pekerja Percetakan Nasional Malaysia Berhad Semenanjung Malaysia 
  26. Kesatuan Kakitangan Am Pusat Perubatan Universiti Malaya (KKAPPUM) 
  27. Kesatuan Eksekutif AMBANK
  28. Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia 
  29. Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia 
  30. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP)
  31. Kesatuan Eksekutif TH Plantations Berhad (KETAHA)
  32. Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia
  33. Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia Semenanjung Malaysia
  34. Kesatuan Pegawai Eksekutif FAMA
  35. Kesatuan Pekerja-Pekerja Kapar Energy Ventures
  36. Kesatuan Penyelia-Penyelia Projek Lebuhraya Usahasama Berhad 
  37. Kesatuan Kakitangan LPPKN
  38. Kesatuan Pekerja-Pekerja Universiti Tenaga Nasional (KPPUNITEN) 
  39. Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airport Berhad (KESMA) 
  40. Kesatuan Pekerja-Pekerja Tan Chong Motor Assemblies Sdn. BHd
  41. Kesatuan Eksekutif TH Plantations Berhad (KETAHA)
  42. Kesatuan Kakitangan Umum UiTM 
  43. Kesatuan Eksekutif AIROD Sdn Bhd
  44. Kesatuan Eksekutif-Eksekutif EPSON
  45. Pembantu Penguatkuasa Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian
  46. Kesatuan Kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
  47. Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja Tenaga Nasional Berhad
  48. Kesatuan Perkhidmatan Pelaksana Jabatan Perangkaan Malaysia (KEPP-STATS)
  49. Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia 
  50. KEPTAN
  51. Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Getah Malaysia
  52. Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia (KEPTAKES) 
  53. Kesatuan Pegawai-Pegawai MARA 
  54. Kesatuan Penyelia-Penyelia Projek Lebuhraya Usahasama Berhad

17 April 2024

18 April 2024

PTAR Shah Alam

Leave a Reply