JUMAAT | 13 OKTOBER 2023
Tahniah & Terima kasih diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar serta Jawatankuasa Perwakilan Kolej hadir ke Program “Speed Reading” anjuran Perpustakaan Al-Bukhari.
Objektif penganjuran program ini adalah bagi memberi pendedahan untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas agar dapat mengaplikasikan teknik bacaan pantas dengan berkesan dalam aktiviti membaca. Program ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata, menggunakan jari sebagai panduan, dan kad indeks.
Semoga apa yang dipelajari ini bukan sahaja dapat membantu peserta memperbaiki kaedah bacaan, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran dalam memahami serta menganalisis teks dengan lebih efektif agar dapat membantu melancarkan dalam melaksanakan urusan harian.
Seiring SDG 4: Quality Education, diharapkan ilmu yang dikongsikan dapat membantu para pelajar sepanjang sesi Pengajaran & Pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang! “SPEED READING IS THE KEY”
Disediakan oleh : Puan Noor Azliza Binti Aziz, Pembantu Pustakawan