19 Februari 2024: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menerima kedatangan 3 orang pelajar Latihan Industri yang baharu bagi Program Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Perpustakaan dari UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Perdana.
Latihan Industri mereka bermula dari 19/2/2024 sehingga 31/7/2024. Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak berbesar hati menerima kehadiran mereka bertiga untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Kepustakawan. PTAR mengucapkan selamat menjalani Latihan Industri dengan jayanya.



Disediakan oleh: Ahmad Azmil Reza bin Ismail, Pembantu Pustakawan Kanan, PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar