13 – 14 Februari 2024, (Selasa – Rabu) – PTAR UiTM Cawangan Melaka telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka dan merupakan siri yang ketiga dijalankan pada tahun 2024. Bengkel PTBR ini akan di adakan di setiap kampus yang ada di UiTM Cawangan Melaka iaitu Alor Gajah, Bandaraya dan Jasin.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Cik Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan dan dibantu oleh Encik Jonizam bin Abu Kasim dan Encik Muhamad Asri bin Abu Hashim, Pembantu Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka. Bengkel selama 2 hari ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta yang merupakan wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Tentatif bengkel PTBR adalah seperti berikut:
Hari Pertama
Sesi 1 – Pengenalan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR)
Sesi 2 – Keperluan Penyediaan PTBR
- Pembentukan Pasukan Petugas
- Pengumpulan Maklumat Organisasi
- Analisa Risiko
- Kaedah Penilaian Risiko
Sesi 3 – Penyediaan PTBR
- Sebelum Bencana
- Semasa Bencana
- Selepas Bencana
Hari Kedua
Sesi 4 – Demo dan Latihan Amali
- Kaedah Pemulihan Rekod Terbakar
- Kaedah Pemulihan Rekod (Penyidaian)
- Kaedah Pemulihan Rekod (Haba)
Sesi 5 – Pembentangan & Rumusan
Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana bagi memastikan rekod dapat dipelihara pada masa akan datang. Bengkel ini juga memberi tunjuk ajar kepada setiap PTJ bagi membangunkan Buku Panduan Pelan Tindakan Bencana Rekod (PTBR) di UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin.
Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah