SHAH ALAM, 16 JANUARI 2024- Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah menerima tempahan Kelas Kemahiran Maklumat (KKM) oleh Dr. Zadariana Binti Jamil@Osman yang disertai oleh pelajar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Kelas ini telah diadakan di Pusat IT, PTAR Kejuruteraan. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Fitri Bin Ruslan, Pembantu Pustakawan Tertinggi.
Seramai 63 peserta yang hadir untuk mempelajari kemahiran berkaitan dengan LMS302 Easy Write With Microsoft Word.
Dengan adanya taklimat seperti ini, diharapkan pelajar-pelajar dapat membuat penulisan terbaik dalam menyiapkan tugasan akhir semestar yang diberikan dengan lebih berkesan dan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka pada masa akan datang.