Isnin,
3 Rejab 1445H,
15 Januari 2024:
Simposium Memperingati A. Samad Ismail telah diadakan pada:
Tarikh: 15 Januari 2024 (Isnin)
Masa: 8:30 pagi hingga 5:30 petang
Tempat: Library Community Engagement (LCE), Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)
Medium: Hibrid
Simposium bagi memperingati tokoh wartawan negara telah dirasmikan oleh Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Hadir bersama Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan.
Anjuran Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media bersama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), New Straits Time Press (Malaysia) Bhd., PTAR dan Press Forum Asia (PFA), simposium ini telah mengundang tokoh-tokoh kewartawanan dan media arus perdana berikut bagi mengisahkan kembali pengalaman bersama tokoh tersohor ini:
- Tan Sri Johan Jaafar – Tokoh Wartawan Negara.
- Dato’ Mohammad Nor Khalid (Lat) – Kartunis, Seniman Diraja.
- Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican – ISTAC-IIUM
- Abdul Rashid Yusof – Apakhabartv
- Datuk Yong Soo Heong – Institut Akhbar Malaysia
- Ku Seman Ku Hussain – Kolumnis
- Raja Ahmad Aminullah – Penulis & Sasterawan
- Datuk Mustapa Omar – Institut Akhbar Malaysia
- Lily Haslina Nasir – Penulis Bebas
- Ismail Hashim – Pensyarah & Kolumnis
- Profesor Dr. Azhar Hj. Wahid – Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Dr. Mohamad Saleeh Rahamad – Universiti Malaya
Siaran ulangan simposium boleh dilayari menerusi pautan berikut:
Sorotan media berkaitan simposium ini:
Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Dato’ Mohammad Nor Khalid (Lat)
Sidang akhbar bersama Tun Musa Hitam.
Profesor Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican tandatangan buku pelawat PTAR
Para hadirin Simposium Memperingati A. Samad Ismail