BENGKEL PENULISAN OLEH PTAR KAMPUS TAPAH TINGKAT KEMAHIRAN MENULIS PELAJAR SEMESTER 3 DIPLOMA FAKULTI SAINS GUNAAN

22 Disember 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah telah berkolaborasi menjayakan sebuah bengkel penulisan β€œPengkalan Data Atas Talian (PDAT) DAN Mendeley Reference Manager” bersama Fakulti Sains Gunaan (FSG) UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah.

Bengkel ini telah disertai oleh 62 orang pelajar semester 3 diploma daripada Fakulti Sains Gunaan dan diberi kepada dua slot iaitu slot Online Database pada sebelah pagi dan slot Mendeley Reference Manager pada sebelah petang. Bengkel kali ini telah dijalankan secara atas talian menggunakan Cisco Webex. Penceramah yang terlibat untuk mengendalikan bengkel ini adalah Pustakawan PTAR Kampus Tapah iaitu Encik Aizu Hakimi Bin Mohd Adnan.

Rata-rata peserta yang menyertai bengkel ini telah berpuas hati selain membantu membuka pandangan mereka mengenai kaedah-kaedah yang berkesan untuk mendapatkan bahan akademik menggunakan PDAT. Manakala pembelajaran mengenai aplikasi Mendeley Reference Manager pula membantu peserta memudahkan kerja sitasi kepada bahan artikel yang telah mereka peroleh. Diharapkan bengkel penulisan seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang supaya para pelajar dapat mempertingkatkan kualiti penulisan yang berbentuk akademik dan membantu universiti untuk menghasilkan graduan yang berimpak tinggi.

Avatar photo
Mohd Amirul Hafidz Bin Ahmad PTAR Tapah Perak

Leave a Reply