22 November 2023, Khamis – Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka telah menerima lawatan daripada Pelajar Diploma Seni & Reka Bentuk (Reka Bentuk Grafik & Media Digital), Kolej Pengajian Seni Kreatif (AAD111). Seramai 3 orang pelajar Diploma Seni & Reka Bentuk (Reka Bentuk Grafik & Media Digital) (AAD111) telah datang membuat lawatan ke Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka. Lawatan berpandu ini disampaikan oleh Puan Suzaimy binti Senin, Pembantu Pustakawan Kanan. Pihak Unit Arkib amat mengalu-alukan kehadiran ke semua pelajar Pelajar Diploma Seni & Reka Bentuk (Reka Bentuk Grafik & Media Digital), Kolej Pengajian Seni Kreatif (AAD111) ke Unit Arkib, PTAR UiTM Cawangan Melaka iaitu:
- Nursyifaa binti Shahril Anuar
- Nur Ain binti Norazam
- Seri Nurwardina Aisyah binti Mohammad Shukri
Semoga melalui lawatan seperti ini ianya dapat mempromosikan perkhidmatan Unit Arkib dalam menyokong usaha-usaha memberi kesedaran kepada semua Warga UiTM mengenai kepentingan Pengurusan Rekod Universiti yang mesti diketahui oleh semua warga UiTM.




Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah