Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun telah mengadakan Bengkel Speed Reading secara terbuka bersama pelajar. Pengisian bengkel bagi pilihan Modul C selama dua jam ini telah dijalankan pada beberapa sesi seperti pada butiran berikut:-
• 29 November 2023, Rabu (10.00 pagi – 12.00 tengahari).
Lokasi: Sudut AZKA@Library Community Engagement
Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Hafsah binti Mustafa, Pembantu Pustakawan, sebagai Instruktor, dan dibantu oleh Encik Nik Ahmad Kamal bin Nik Wadi,Pembantu Pustakawan , sebagai Fasilitator. Ianya melibatkan 6 orang pelajar UiTMCT.
• 29 November 2023, Rabu (2.30 petang – 4.30 petang).
Lokasi: Sudut AZKA@Library Community Engagement
Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Nik Ahmad Kamal bin Nik Wadi, Pembantu Pustakawan, sebagai Instruktor, dan dibantu oleh Puan Ayuzawahie binti Amran,Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Fasilitator. Ianya melibatkan 6 orang pelajar UiTMCT.
• 30 November 2023, Khamis (2.30 petang– 4.30 petang).
Lokasi: Makmal Ibnu Saffar.
Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Ayuzawahie binti Amran, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Instruktor, dan dibantu oleh Puan Hafsah binti Mustafa, Pembantu Pustakawan , sebagai Fasilitator. Ianya melibatkan 5 orang pelajar UiTMCT.
Antara objektif program ini diadakan adalah memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari teknik bacaan pantas, meningkatkan keyakinan diri ketika membaca serta memupuk minat membaca dan menggalakkan pembacaan di kalangan peserta serta membina kompetensi pembacaan. Sesi ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata, menggunakan jari sebagai panduan, dan kad indeks.
Semoga dengan adanya bengkel seperti ini bukan sahaja dapat membantu peserta memperbaiki kaedah bacaan, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran dalam memahami serta menganalisis teks dengan lebih efektif agar dapat membantu melancarkan dalam melaksanakan urusan harian.