Majlis Penutupan Program Lestari@PTAR

KOTA SAMARAHAN, 27 NOVEMBER 2023- Majlis Penutupan Program Lestari@PTAR telah diadakan dengan jayanya bertempat di Ruang LCE PTAR Kampus Samarahan 2 sekitar jam 9:00 pagi. Program anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pelestarian Kampus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Hasmah Mohidin, Penolong Rektor Kampus Samarahan 2 UiTM Cawangan Sarawak.

Turut diadakan pada majlis ini adalah Ulasan Buku bersama TS Dr. Nurzawani Md Sofwan, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Sarawak.

Majlis ini turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelestarian Kampus, Timbalan Ketua Pustakawan, Pustakawan Kanan, Pustakawan, staf PTAR dan warga UiTM Cawangan Sarawak.

Terima kasih kepada semua warga UiTM Cawangan Sarawak yang sudi hadir dan menyokong program ini. Semoga kita berjumpa lagi di program akan datang.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply