Kursus Pemantapan Kompetensi Staf Perpustakaan telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari anjuran Perpustakaan Tun Dr Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat. Kursus ini telah diadakan selama 3 hari, bermula 18 September 2023 hingga 20 September 2023 bertempat di CGS Trading Room.
Antara objektif program adalah seperti berikut:
- Mengadakan sesi sumbang saran dan perbincangan aktif khususnya mengenai aspek perkhidmatan dan kemudahan baharu yang boleh ditawarkan dan dinikmati oleh pengguna dalam memperkasakan peranan PTDI di Universiti.
- Memastikan staf dapat menghadiri kursus/latihan mengikut kompetensi khusus dan ICT yang berkaitan dengan bidang tugas pengurusan Perpustakaan.
- Memastikan staf cekap dalam pengurusan kompetensi yang berkaitan dengan skop tugas:
a) Pembangunan bahan rujukan universiti.
b) Pengurusan koleksi dan perkhidmatan pelanggan.
c) Sokongan penyelidikan, pembelajaran dan rujukan.
d) Perpustakaan digital.
e) Rekod dan arkib.
Pengisian program ini telah dikongsikan oleh semua staf Perpustakaan Tun Dr Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat dimana setiap staf memberi penerangan dan latihan praktik mengenai pelaksanaan tugas operasi harian kepada staf-staf baharu dan para pelajar latihan industri khususnya.
Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu para staf di Perpustakaan Tun Dr Ismail Cawangan Johor Kampus Segamat dalam melaksanakan tugas harian serta meningkatkan kualiti dan kemahiran bekerja ke arah memperkasakan peranan Perpustakaan Tun Dr Ismail kepada seluruh pengguna.
Penulis : Nur Afiqah binti Fadzli