Ulasan Bahan Bacaan

MUKAH, 22 NOVEMBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan satu program untuk memupuk minat membaca di kalangan warga UiTM Cawangan Sarawak iaitu program Ulasan Bahan Bacaan. Program ini telah diadakan bertempat di Library Community Engagement, PTAR Kampus Mukah jam 3:00 petang.

Panel penceramah adalah Saudari Dayangku Nurfarahain Awangku Sophian. Bahan ulasan bertajuk The War Of The Worlds / H. G. Wells dan Artemis Fowl: The Opal Deception /Eoin Colfer.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membina dan mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan warga UiTM. Di samping itu, program ini juga dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Kampus tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu pengetahuan yang tidak terbatas dan memupuk minat dan tabiat membaca sebagai satu gaya hidup warga Kampus pada masa kini dan akan datang.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply