Program Mobile Library (Read@UiTM: PTAR X Unit Sukan)

KOTA SAMARAHAN, 17 NOVEMBER 2023 – PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah melaksanakan Program Mobile Library (Read@UiTM: PTAR X UNIT SUKAN) bersama staf Unit Sukan bertempat di Pejabat Unit Sukan, UiTM Kampus Samarahan pada sekitar jam 10.00 pagi.

Objektif penganjuran program kali ini adalah untuk memperkenal, memberi kesedaran dan mempromosikan mengenai kelebihan serta kemudahan yang ada pada UiTM Library Mobile Apps kepada staf Unit Sukan UiTM Cawangan Sarawak.

Program ini telah dikendalikan oleh En. Ismawi bin Ibrahim, Pembantu Pustakawan Kanan dan En. Dominic bin Inggu, Pembantu Pustakawan Kanan PTAR Kampus Samarahan.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply