Lawatan tapak oleh Ar. Hajeedar bin Abd Majid di cadangan Bilik Datuk Mohd Yusoff telah diadakan pada 6 November 2023 hari Isnin pada jam 10:00 pagi di Bilik Mesyuarat, PTAR.
Satu perbincangan telah diadakan sebelum lawatan tapak di cadangan bilik Datuk Mohd Yusoff dan Ruang Bicara membabitkan 6 individu berikut:
- YBhg. Dato’ Ghazali bin Datuk Mohd Yusoff – Pengerusi Lembaga Peradaban Melayu (ADAB) dan Ketua Eksekutif Nusantara Technologies Sdn. Bhd.
- Dato’ Ar. Hajeedar Abd Majid – Arkitek
- Ridzwan Hadanan – Jendela Buku
- Shahidatul Akhmam Rambeli – PTAR
- Asmah Sabtu – PTAR
- Mohd Khairul Idzwan Mohd Saad – PTAR
Sebelum perbincangan berakhir jam 2:45 petang, Dato’ Ar. Hajeedar dan Dato’ Ghazali telah berbesar hari menyumbang buku (3 naskhah daripada Hajeedar) , pamplet Nusatek (Dato’ Ghazali) dan direktori Malaysia Tourism year 2022 (Dato’ Ghazali).

Dari kiri: Dato’ Ghazali bin Datuk Mohd Yusoff dan Dato’ Ar. Hajeedar Abd Majid

