Taklimat Perpustakaan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu kepada Pelajar Baharu Sesi Oktober 2023 – Februari 2024

Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Taklimat Perpustakaan kepada pelajar baharu sesi Oktober 2023 – Februari 2024 sempena Minggu Destini Siswa (MDS) UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Kuala Terengganu. Sesi taklimat berlangsung pada 26 September 2023, (Selasa) selama sejam bermula pada jam 9.00 pagi -10.00 pagi yang bertempat di Dewan Lestari, UiTMCT Kampus Kuala Terengganu yang melibatkan seramai 295 orang pelajar baharu Diploma dan Sarjana Muda Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM).

Sesi ini dikendalikan oleh Cik Nurmaisari Che Anuar selaku Pustakawan dan dibantu oleh beberapa orang staf perpustakaan. Taklimat perpustakaan dilaksanakan bagi memberi penerangan dan pendedahan tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh perpustakaan serta UiTM Mobile Apps dan sistem perpustakaan. Selain itu, turut diberikan penerangan mengenai cara pencarian maklumat yang mudah bagi pelajar.

Pelbagai hebahan dan promosi turut diterangkan bagi memberi panduan kepada pelajar baharu untuk menggunakan sebagai bahan pembelajaran dan penyelidikan kelak. Selain itu, pelajar baharu turut digalakkan untuk memuat naik Mobile Apps @ UiTM Library bagi memudahkan pencarian maklumat dan bahan yang diperlukan di perpustakaan.

Semoga sesi taklimat yang disampaikan dapat memberi manfaat dan menggalakkan kepada semua pelajar untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Perpustakaan Cendekiawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu.

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply