Collaborative Teaching: (FYP) : Library Online Databases

Pada 01 November 2023 (Rabu), Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu telah melaksanakan Collaborative Teaching bersama Final Year Project (FYP) Student mengenai Library Online Databases. Program bermula 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari yang dikendalikan oleh Dr Wan Safra Wan Ghani dan Cik Nurmaisari Che Anuar sebagai penceramah dan dilaksanakan secara atas talian menggunakan Microsoft Team.

Collaborative Teaching ini disertai oleh 67 orang pelajar semester akhir dan seorang pensyarah. Ia merupakan salah satu inisiatif pensyarah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam pencarian sumber bagi penyediaan tesis dengan menggunakan pangkalan data yang disediakan oleh perpustakaan. Pelbagai teknik dan tips yang diberikan bagi memudahkan pelajar mencari maklumat yang tepat dan berkualiti untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.

Selain itu, beberapa demo turut dilakukan bagi memberi pandangan awal kepada pelajar untuk mengakses pangkalan data dan cara yang tepat untuk mencari bahan. Penerangan ringkas turut diberikan mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di perpustakaan dan beberapa pautan lain untuk mencari pencarian buku di perpustakaan seperti Online Public Access Catalog (OPAC).

Semoga program ini dapat diteruskan untuk memberi pendedahan mengenai perkhidmatan perpustakaan selaras dengan keperluan warga kampus. Di samping itu, ia juga menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Disediakan oleh: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply