PTAR Rembau Fest 2023

Selasa, 31 Oktober 2023 telah berlangsung program hari terbuka, PTAR Rembau Fest 2023 yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau dengan kerjasama kelab PTAR Buddies, Majlis Perwakilan Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria dan Jawatankuasa Sukan Pelajar. Turut hadir, Yang Berbahagia Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA, Rektor serta Jawatankuasa Eksekutif Negeri UiTM Cawangan Negeri Sembilan sempat mengadakan lawatan sempena program Sesi Townhall yang diadakan di UiTM Kampus Rembau.

Antara aktiviti yang diadakan termasuklah PTAR Table Tennis Championship Musim ke-2, pertandingan ulasan buku Share What You Read Musim ke-2, pertandingan deklamasi sajak Young Poet, pertandingan pengucapan awam Speak Louder!, PTARace, Talk: Speak English Confidently yang disampaikan oleh pensyarah, Encik Mohd Faisal Md Noor dan pembukaan booth-booth kelab dan persatuan pelajar, Club In Action (CIA).

Program berlangsung bermula 9.00 pagi hingga 4.00 petang dan disertai oleh pelajar-pelajar UiTM Kampus Rembau. Program ini secara tidak langsung menyokong kepada program inisiatif Read@UiTM menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama para peserta.

Tirai program ditutup dengan acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan.

Disediakan oleh: Muhammad Shafiq Amirullah, Pustakawan PTAR Kampus Rembau

Avatar photo
Muhammad Shafiq Amirullah PTAR Rembau N. Sembilan

Leave a Reply