Mobile Library @ Dataran Lestari

Pada 18 Oktober 2023 (Rabu) , Perpustakaan Cendekiawan Kampus Kuala Terengganu telah mengadakan Program Mobile Library yang bertempat di Ruang Legar Dataran Lestari, UiTM Kuala Terengganu. Program yang bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 4.30 petang diadakan untuk menggalakkan warga kampus untuk peminjaman buku dari perpustakaan.

Pelbagai perkhidmatan perpustakaan turut di war-warkan kepada warga kampus seperti Peminjaman dan pemulangan buku, semakan maklumat am perpustakaan dan perkhidmatan perpustakaan digital. Tujuan program ini diadakan bagi memudahkan staf perpustakaan untuk berinteraksi dengan pengguna dan menerangkan mengenai perpustakaan.

Perpustakaan turut melaksanakan peminjaman yang meminjam lebih daripada 2/3 naskhah buku akan berpeluang mendapat hadiah yang menarik. Ia dilaksanakan bagi memberi galakan kepada warga kampus terutamanya pelajar untuk meminjam buku yang terdapat di Perpustakaan Cendekiawan

Semoga program yang dilaksanakan ini dapat memberi lebih pendedahan kepada warga kampus mengenai perkhidmatan di perpustakaan. Program ini turut menyokong dan menyeru warga kampus dalam Kempen Galakan Membaca dan menyokong kepada sasaran Sustainable Development Goals (SDG) iaitu SDG ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti. 

Penulis: Cik Nurmaisari Che Anuar, Pustakawan UiTMCT Kampus Kuala Terengganu

Avatar photo
Nurmaisari Che Anuar Per. Cendekiawan K. Terengganu

Leave a Reply