2 Oktober 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah menganjurkan Bengkel Speed Read PTAR Perak Siri 9 di Bilik IT2 PTAR Kampus Seri Iskandar. Bengkel ini disertai oleh 30 orang pelajar semester 1 dalam kalangan mahasiswa daripada pelbagai program.
Bengkel ini disampaikan oleh Pustakawan Muhamad Azim bin A’nsori. Sesi ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata, menggunakan jari sebagai panduan, dan kad indeks. Sesi ini turut menyediakan latihan membaca serta kuiz.
Rata-rata peserta bengkel yang hadir berpendapat bahawa program ini amat membantu dalam melaksanakan tugas harian, terutamanya dalam aspek membaca, dengan tujuan untuk meningkatkan kelajuan dan kesan keseluruhan dalam membaca.








