PTAR COMEBACK (Read@UiTM: Mobile Library)

KOTA SAMARAHAN, 18 OKTOBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah menganjurkan Program PTAR COMEBACK (Read@UiTM: Mobile Library) bertempat di Perkarangan Luar PTAR Kampus Samarahan.

Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan perkhidmatan yang disediakan oleh perpustakaan kepada pengguna merangkumi perkhidmatan yang sedia ada dan juga yang terkini. Selain itu, ia diadakan sebagai salah satu langkah untuk menarik semula perhatian warga UiTM Sarawak dengan aktiviti dan perkhidmatan yang telah disusun khususnya sepanjang semester ini.

Program ini juga secara langsung boleh mengeratkan hubungan perpustakaan dengan orang luar dan pihak berkepentingan serta menyokong Globally Marketable iaitu pelan strategik UiTM.

Avatar photo
Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply