Program Read@UiTM: Ulasan Bahan Bacaan

KOTA SAMARAHAN, 16 OKTOBER 2023- PTAR UiTM Cawangan Sarawak telah mengadakan satu sesi aktiviti iaitu Ulasan Bahan Bacaan bertempat di Ruang LCE, PTAR UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2 sekitar jam 9:30 pagi.

Sesi ulasan bahan bacaan pada kali ini telah disampaikan oleh 2 orang pelajar latihan industri PTAR UiTM Cawangan Sarawak iaitu Saudari Safiah Syahirah binti Safiee dan Saudari Dayang Nurin Athirah binti Awang Jellih. Buku yang telah dipilih oleh kedua-dua mereka ialah Disebalik Dinara oleh Dayang Noor dan Before I Fall by Lauren Oliver.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk membina dan memupuk minat dan budaya membaca di kalangan warga UiTM, melahirkan warga Kampus yang rajin membaca, berkongsi maklumat, dan memberi peluang peserta melibatkan diri dalam program anjuran PTAR UiTM Cawangan Sarawak.

Zuraida Abdul Karim PTAR Kampus Samarahan 2

Leave a Reply