Pemindahan Bahan Bercetak Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri, UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah Ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka

11 Oktober 2023, Rabu – Unit Arkib UiTM Cawangan Melaka telah membuat perpindahan rekod ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka sebanyak 3 naskhah bahan bercetak. Setalah membuat permohonan pelupusan ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka didapati terdapat 3 naskhah bahan dari Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri perlu dipindahkan ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka. 3 naskhah bahan tersebuat adalah seperti berikut:

  1. Laporan Aktiviti Tahunan Adun Ayer Molek
  2. Melaka Garden Court a Mixed Used Development Opportunity
  3. Kertas Kerja Lendu International Art Camp 2013 (LIAC 2013)

Unit Arkib, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka bertanggungjawab hanya menjadi perantara dan tempat rujukan bagi seluruh PTJ UiTM Cawangan Melaka dalam Pengurusan Rekod Universiti. Pihak Unit Arkib berharap segala kerjasama dapat diberikan bagi melancarkan sistem pengurusan rekod & fail di peringkat UiTM Cawangan Melaka dengan berdasarkan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia.

Disediakan oleh: Ilya Nur Fateen binti Othman, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah

Avatar photo
Ilya Nur Fateen Othman PTAR Alor Gajah Melaka

Leave a Reply