Bengkel Speed Reading telah diadakan kepada para pelajar bertempat di Perpustakaan Cendekiawan UiTM Cawangan Terengganu (UiTMCT) Kampus Dungun. Pengisian bengkel bagi pilihan Modul C selama dua jam ini telah dijalankan pada beberapa sesi seperti pada butiran berikut:-
- 26 September 2023, Selasa (2.30 petang – 4.30 petang).
Lokasi: Makmal Ibnu Saffar
Sesi ini disampaikan oleh Encik Abdul Hadi bin Idris, Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Instruktor, dibantu oleh Puan Hafsah Mustafa,Pembantu Pustakawan, sebagai Fasilitator, dengan penglibatan 18 orang pelajar UiTM Cawangan Terengganu daripada pelbagai bidang pengajian. - 27 September 2023, Rabu (10.30 pagi hingga 12.30 tengahari).
Lokasi: Makmal Ibnu Saffar
Sesi ini telah dikendalikan oleh Puan Ayuzawahi binti Amran, Pembantu Pustakawan Kanan , sebagai Instruktor, dan dibantu oleh Encik Abdul Hadi Idris dan Puan Hafsah Mustafa sebagai Fasilitator, dengan penglibatan 20 orang pelajar daripada pelbagai bidang pengajian. - 1 Oktober 2023, Ahad (10.30 pagi hingga 12.30 tengahari).
Lokasi: Makmal Ibnu Saffar.
Sesi ini telah dikendalikan oleh Encik Nik Ahmad Kamal bin Nik Wadi, Pembantu Pustakawan, sebagai Instruktor, dan dibantu oleh Puan Hafsah Mustafa, Pembantu Pustakawan, sebagai Fasilitator. Ianya melibatkan 18 orang pelajar UiTMCT daripada pelbagai bidang pengajian. - 1 Oktober 2023, Ahad (2.30 petang – 4.30 petang).
Lokasi: Library Community Engagement Corner / Sudut AZKA-Etiqa-PPZ.
Sesi ini telah disampaikan oleh Puan Hafsah binti Mustafa, Pembantu Pustakawan, sebagai Instruktor, dan dibantu oleh Encik Abdul Hadi bin Idris,Pembantu Pustakawan Kanan, sebagai Fasilitator. Ianya melibatkan 9 orang pelajar UiTMCT daripada pelbagai bidang pengajian.
Objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi memberi pendedahan kepada warga UiTMCT untuk mempelajari dan menguasai teknik bacaan pantas agar dapat mengaplikasikan teknik bacaan pantas dengan berkesan dalam aktiviti membaca. Sesi ini memberi tumpuan kepada teknik-teknik membaca pantas termasuk kaedah fiksasi mata, menggunakan jari sebagai panduan, dan kad indeks.
Semoga dengan adanya bengkel seperti ini bukan sahaja dapat membantu peserta memperbaiki kaedah bacaan, malah mereka juga dapat meningkatkan kemahiran dalam memahami serta menganalisis teks dengan lebih efektif agar dapat membantu melancarkan dalam melaksanakan urusan harian.
Disediakan oleh: Abdul Hadi Idris, Pembantu Pustakawan Kanan