26 September 2023 – Kanser adalah penyebab kematian kedua tertinggi selepas penyakit jantung. 22000 kes kanser baru dilaporkan setiap tahun. Kes kanser dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040. Sekurang-kurangnya, 1 daripada 10 orang rakyat Malaysia akan didiagnosis dengan penyakit kanser. Inilah realiti penyakit kanser di Malaysia berdasarkan kajian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekitar tahun 2020 – 2023. Satu realiti yang menggerunkan. Tetapi adakah kita rakyat Malaysia menyedari bahaya penyakit kanser yang seolah-oleh tidak memilih usia, jantina dan bangsa yang menjadi mangsanya?
Menyedari ancaman kanser ini, Perpustakaan UiTM Melaka Kampus Bandaraya telah menganjurkan sebuah program Saraingan Kanser – Ujian Darah untuk Canser Maker . Program dengan kerjasama MBIO SIHAT mensasarkan kepada warga UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang berusia 40 tahun ke atas layak menerima inisiatif MBIO SIHAT, iaitu program ujian darah untuk mengesan kanser secara percuma.
“Melalui program ini, penerima lelaki akan disaring bagi kanser prostat dan kanser kolon, manakala penerima wanita akan disaring bagi kanser ovari dan kanser kolon.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari Warga UiTM Melaka Kampus Bandaraya Melaka yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat lebih tepat berkenaan penyakit kanser .
Semoga program kerjasama UiTM dan agensi kesihatan seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dan dapat diperluas kepada masyarakat luar agar lebih ramai rakyat Malaysia cakna dengan tahap kesihatan mereka dan orang disekeliling mereka.