MELAKA, 25 September 2023 – Telah berlangsung program ASEAN Classroom 2023 yang dirasmikan oleh Dr. Mohd Halim Mahphoth, Penolong Rektor UiTM Kampus Bandaraya Melaka yang melibatkan 7 orang pensyarah dan 19 orang pelajar bertempat di PTAR Aras 12 UiTM Kampus Bandaraya Melaka.
6 sesi pembentangan berkaitan perundangan, sastera, seni dan budaya Negeri Melaka dikongsikan secara santai kepada peserta melibatkan penceramah dari Indonesia dan Malaysia. Para peserta juga dibawa melawat ke sekitar kawasan kampus seperti Mini Auditorium, Smart Classroom dan Leitto Kahve serta “Little Free Library”.
Program ini merupakan anjuran kali kedua oleh Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Undang-Undang UiTMCM, dengan kerjasama PTAR, Kelab Warisan Budaya (KWB), Unit Kesenian dan Kebudayaan UiTM Kampus Bandaraya Melaka serta Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan.
Turut hadir adalah Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli selaku Penyelaras ASEAN Classroom 2023 serta pensyarah pengiring dari USIM dan Indonesia.
Semoga kerjasama antara pihak USIM dan UiTM Cawangan Melaka dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi kebaikan bersama.