SHORT STORY COMPETITION, 𝑪𝑹𝑬𝑾2@𝑷𝑻𝑫𝑰

6 Julai 2023 – Pertandingan ini merupakan salah satu program Read@UiTM yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Dr. Ismail dengan kerjasama pelajar ALS252 program LG120 di Ruang Library Community Engagement. Para peserta membaca sajak karya asli mereka di dalam Bahasa Inggeris. Setiap penyertaan karya kreatif mereka disaring pada peringkat penjurian awal, dan 15 penyertaan terbaik layak ke peringkat akhir. Pemenang menerima hadiah berupa wang tunai dan voucher He & She. 

Objektif program

  • Meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan pelajar di dalam Bahasa Inggeris.
  • Menyemai minat pelajar dalam penulisan kreatif di dalam Bahasa Inggeris.
  • Menyediakan ruangan untuk pelajar berkongsi hasil penulisan kreatif mereka dengan pelajar-pelajar lain dan staf. 
  • Membantu pencapaian Performance Indicator ke 2: Bilangan pelaksanaan Program Read@UiTM.

Puan Mawar Noor binti Abdullah, Timbalan Ketua Pustakawan turut memberikan ucapan semasa kemuncak program.

Seramai 50 orang peserta membaca hasil karya mengikut hasil kreativiti masing-masing dan dijurikan oleh 3 orang juri iaitu Puan Dia Widyawati binti Amat (Ketua), Puan Zuraidah binti Sumery dan Cik Sofwah binti Md Nawi  yang dilantik dari Akademi Pengajian Bahasa. 

Semoga dengan penganjuran program ini dapat menggalakkan budaya membaca dikalangan pelajar di UiTM Kampus Segamat.

Peserta dan penonton bergambar kenangan setelah selesai program

Penulis : Noredayu binti Rosli

Siti Rozana Mat Sanat PTDI Segamat Johor

Leave a Reply