Read@UiTM : Mobile Library@Pusat KoKurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Shah

Berlangsung dalam suasana meriah selama 2 jam, Program Mobile Library dari Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) pada kali ini telah mensasarkan  warga kerja dari Pusat KoKurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam. Program bertarikh 15 September 2023 ini dijalankan selepas solat Jumaat  bertempat di Bilik Mesyuarat dan dihadiri seramai 20 orang ahli yang terdiri dari staf Pusat Kokurikulum sendiri beserta beberapa orang pelajar Kesatria dan Palapes.

Pameran Mobile Library  yang bermula jam 2:45 petang sehingga jam 4:45 petang adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan yang ditawarkan kepada staf UiTM, disamping mempromosi penggunaan MobileApps PTAR.  Kami juga menawarkan perkhidmatan Book Delivery Services bagi menggalakkan warga kerja Unit Kokurikulum membuat pinjaman buku dan seterusnya dapat membantu dalam usaha kearah  menyokong Program Dekad Membaca Kebangsaan 2023.

Selain pameran buku terbitan terkini pelbagai genre antaranya koleksi Am, Novel/fiction, Motivasi, Keagamaan, dan akademik booth Mobile Library turut menawarkan bimbingan akses perkhidmatan perpustakaan digital disamping perkhidmatan semakan status pengguna, penghantaran buku dan tempahan buku. Sambutan yang baik telah diterima oleh petugas Mobile Library dan 18 pinjaman telah Berjaya direkodkan sepanjang tempoh program berlangsung. Pihak PTAR selaku penganjur merakamkan setinggi penghargaan kepada semua warga kerja dari Pusat KoKurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam atas kesudian meluangkan masa menyertai program ini.

Avatar photo
Rizana Mohd Radwan PKEJ Shah Alam

Leave a Reply