Lawatan dari Professor Kenji Sugimoto, National Institute of Technology, Ube College (NITUC) ke PKEJ

Pada 12 September 2023 (Selasa) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) diminta untuk  bersiap sedia bagi menerima kunjungan pelawat dari Jepun. Aturcara yang dijadualkan oleh Pihak Pengurusan Kolej Pengajian Kejuruteraan berjalan dengan baik dan tepat pada jam 11.30 pagi, pihak PKEJ telah menerima kunjungan dari Professor Kenji Sugimoto, Pengarah di Pejabat Antarabangsa National Institute of Technology, Ube College (NITUC). Turut Bersama beliau adalah Professor Sakura. Kunjungan ke PTAR ini adalah atucara yang ditetapkan oleh Pejabat KPK selain dari perjumpaan dengan pihak pengurusan KPK bagi membincangkan Kerjasama dua hala dan perjumpaan dengan pelajar yang menerima biasiswa JASSO.

Kunjungan selama 1 jam ini turut diiringi oleh Pensyarah Pengiring dari KPK iaitu Dr. Harumi Veny, Pensyarah dari Pengajian Kimia serta  Dr. Siti Noor Suzila Maqsood-ul-Haque. Pustakawan PKEJ, Rizana Mohd Radwan telah memberikan penerangan tentang perkhidmatan yang disediakan dan ruang di PKEJ.

Lawatan berakhir pada jam 12.30 tengah hari dan setelah menandatangani buku pelawat, lawatan diakhiri dengan sesi bergambar

Rizana Mohd Radwan

Leave a Reply