Lawatan Penanda Arasan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Cawangan Negeri Sembilan

30 OGOS 2023 : Sekitar lawatan penanda arasan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Negeri Sembilan ke bahagian Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar.

Delegasi lawatan ini diketuai oleh Puan Jamilah Binti Md Yusoff (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan), bersama dengan 23 orang staf (Kampus Kuala Pilah, Kampus Seremban & Kampus Rembau) dan diringi oleh barisan pengurusan PTAR UiTM Cawangan Perak yang diketuai oleh Puan Siti Basriyah binti Shaik Baharudin (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan) Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Perak.

Pelbagai perkara yang melibatkan pengurusan dan pengoperasian telah dibincangkan sepanjang lawatan ini berjalan disamping bertukar idea secara dua hala.

Disediakan oleh: Muhamad Azim bin A’nsori, Pustakawan PTAR UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar

Avatar photo
Muhamad Azim 'Ansori PTAR Seri Iskandar Perak

Leave a Reply