SHAH ALAM, 29 Ogos 2023 – Sempena cuti sekolah penggal ke-2 bulan Ogos ini, Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan dan Kesejahteraan Staf (JAKES), Jabatan Infostruktur dan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah mengadakan Kursus ICT to U di Makmal Komputer 1, PTAR.
Program bermula jam 8.25 pagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Prof. Dr. Hajah Hamidah Mohd Saman, Penolong Naib Canselor Kolej Pengajian Kejuruteraan merangkap Timbalan YDP 2 PEWANI.
Turut hadir menyerikan program ialah Ketua Timbalan Pustakawan dan Menjalankan Tugas Ketua Pustakawan Tuan Ts Hj. Azizi Hj. Jantan.





